recent posts

Tuesday, January 11, 2011

ANA RAFALI vs ZIANA ZAIN




opening entri kali ni berbeza sikit sebab ZIANA ZAIN in the house!! i wish zz betul2 in my house on my wedding(yeah, keep dreaming...!)jangan marah sebab ini tahun berangan saya..lalalala~

bila tgk zz nyanyi kt AJL hari ahad aritu, rasa nak nangis pun ada..SUPERB sangat, cayalah kak!! dengan vokal yg dulu, kini dan selamanya mantap, mekap yg gojes giler, dress yg tak ingat punye canteq!! bila sesekali zz buat come back, nyanyi pula lagu-lagu yang banyak nostalgia ni memang rasa fantastik je..aku pun memang membesar dengan lagu-lagu zz ni, daripada tadika kot..yela, kalau tak takkan la aku nak nyanyi lagu zz waktu hari guru sekolah rendah aku time darjah 3 dulu kan..tapi sayang, takde sape nak rakam (jaman teknologi tak bape nak canggih lagi) klu tak dah masuk youtube aku, silap2 usher amek aku jadi artis bawah die sekali ngan justin bibir tu..haha.. apa2pun zz memang terbaek la malam tu!!



rata-rata orang masih lagi bercakap tentang AJL ke 25 aritu..tak kira la kat radio ke kat suratkhabar ke masih lagi hebat memperkatakan tentang banyak isu.. dan yang mungkin menjadi topik hangat adalah keputusan AJL.. ramai yang tak puas hati tentang sang juara dan segala macam komen dari penonton..

malam bila keputusan diumumkan siapa juara, aku dah cakap siap2, janganla ana rafali yang menang..tup2 dia yang menang..! masing2 menganga, emo, tak puas ati, tak excited dan sewaktu dengannya..dan aku bukan sebab aku tak suka lagu Tolong Ingatkan Aku tu, cuma aku tak pernah mendalami lirik lagu tu sebab sebutan ana yang terlalu slang or yang senang cerita tak jelas..tapi bila dah diumumkan juara tu, barulah jari jemari aku ni laju je mengGOOGLE lirik Juara Lagu yang ke25 itu..cuba korang jugak hayati bait-bait lagu ni..


.


.


.
v

Ana Raffali - Tolong Ingatkan Aku Lirik

Jangan disusun kata-kata penamat
Jangan disebut baris ayat keramat
Biar lenyap diserap sunyi
Biar senyap yang tak menyepi

Tolong ingatkan aku
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa

Mari patahkan papan markah lama
Mari padamkan buku tiga lima
Biar luka sembuh sendiri
Biar lupa dimakan hari

Tolong ingatkan aku
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa
Kau dampingi aku
Setiap detik jantungku berdetak
Setiap nota jiwaku berlagu-lagu

Bila marah merasuk minda
Kecewa menyelubungi jiwa
Aku lupa

Tolong ingatkan aku
Kisah ku tersedar
Dengan kasih memeluk rasa
Ku teringatkanmu
Setiap detik jantungku berdetak
Setiap nota jiwaku berlagu-lagu

Tolong ingatkan aku kisah kita
Tolong ingatkan aku
Kisah ku tersedar
Dengan kasih memeluk rasa

Tolong ingatkan aku
Kisah kita






dah bace? dah hayati? hmm...


apa pendapat korang?


bagi aku, lagu ni sebenarnya memang agak something la..


congrats kepada Ana Rafali sebab menang..


dan yang penting, lagu dan lirik ni memang original by her..


tapi mungkin disebabkan masih ramai lagi yang tak mengenali dan tak menghayati lirik-lirik lagu Ana, mungkin tu la tak excited dan terkesima dengan keputusan tersebut..


tambah2 pulak penyanyi pojaan hati korang tak menang kan??


lagi la terasa cam BENGANG gile kan?


hehe...cool down bebeh..dah berakhir pun AJL..


and congrats again to Ana Rafali..


kalau bleh, jelas2kan la sebutan tu sikit ye..


bagi peluang pada kami2 sebagai pendengar dan peminat industri ini mendalami lagu2 yang awak tulis dan nyanyi..





No comments:

Post a Comment

Follow Me, I Follow U Back

Subscribe and Follow