nuffnang ads

recent posts

Wednesday, November 28, 2012

Bulih Bha Kalau Ko - Day 2

Mood untuk berblogging agak tidak berapa sihat kebelakangan ini.  Penat barangkali.  Apa yang aku penatkan pun aku tak tau.  Yang pastinya, berhari-hari aku cuba untuk habiskan entri ini walaupun tidaklah panjang mana.  Layankan je la mood seorang blogger ni ye, saya ni manusia biasa je, sesekali tu mesti ada jiwa kacau kan....


Sabah Borneo - Island Hoping Day

Hari kedua kami plan untuk berisland hoping..pakej ke sana Momot yang cari..apa yang aku tahu semua dah setel..kikiki..kitorang xnaik bot dr jesselton, tp deal dgn bot untuk tunggu kat belakang pasar filipin..xpayah la nak menapak jauh2 kan..kami ambil pakej tiga pulau sekali iaitu Pulau Manukan, Pulau Mamutik dan Pulau Sapi.









 

Penat, lapar, longot..Itulah hasilnya bila seharian kat pulau. So, balik mandi semua pun pakat-pakat berehat dulu kat rumah sebelum keluar balik untuk pegi dinner.  Kami dinner kat kedai seafood area Pasar Malam Kg. Air.  Disebabkan malam tu aku penat sampai tak ada mood nak pegang kamera, memang tak banyak la gambar yang diambil oleh mereka.  Ada satu je menu terbaik yang membuatkan aku teringat-ingat sampai sekarang iaitu Ketam Kam Hiong, nasib korang baik sebab ketam ni sempat disnap gambarnya.



Hari kedua melabuhkan tirainya dengan kekenyangan di tahap maksima.  Terima kasih kepada Mak Jemah dan kawannya sebab belanja kami makan besar malam tu.

Cukup sekadar ini sahaja trip ke Sabah.  Hari ketiga hari perjalanan balik so tak ada apa-apa yang istimewa pun kecuali aktiviti last minute shopping.

Apa-apa pun, Alhamdulillah dan terima kasih tidak terhingga kepada semua yang terlibat.  Mungkin kalau tak disebabkan korang semua, aku mungkin tak join trip ke Sabah kali ni.  Happy sebab dapat berkumpul dengan kamu semua.  Momot, Ain, Ummu, Eliy, Kuchai, Saufee, Amir dan tak lupa pada Mak Jemah..Thanks uols...


Nampak gayanya percutian ke Sabah ni merupakan percutian penutup tirai tahun ini.  Bulan Disember nanti aku dijangka lebih sibuk untuk menghadiri majlis perkahwinan dan pertunangan sahabat handai dan semestinya bulan yang sangat sibuk untuk menyudahkan assignment bagi pengumpulan carry mark.  Pembuka tirai 2013 adalah final exam aku untuk sem yang ketujuh ini.  Harap-harap dapat naikkan lagi pointer walaupun sem ni merupakan sem paling malas pegi kelas dalam abad ini.  Hehe

Hm....so, kemana pula destinasi aku pada tahun depan ye??
Tepuk dada, tanya iman dan kliklah web Airasia..woha!

2 comments:

Subscribe and Follow