nuffnang ads

recent posts

Monday, May 31, 2010

bos cuti..

hari ni cikpuanBOS cuti laa...byk je keje, tapi takde mud nk buat since ketiadaan cikpuanBOS..hehe..bley tak?..cikpuanBOS gi Langkawi..hmm...ape la agaknye cikpuanBOS belikan utk cikPA die ni kan..dari pagi mengadap pc, petang ni nk start buat keje filing ngan kemas kertas2 yang dah bersepah kat bilik ni..hee...=)

kacipul masuk wad!!


hm...cian sgt baby kesygn auntie yg eleh ni..epul demam panas, kena warded dr subuh hari sabtu smpai la tengahari hari ahad..cian sgt tengok epul..dah la smpai kena masuk air..tp dlm sakit2 epul tu, die pandai jugak sebut auntie yayan..luv u lah abg epul~

waktu die kat hospital ni byk meragam..nak manja2 je..mula2 die suke tgk nurse2 tu, siap panggil kakak, tp last2 bile nurse tu cucuk die, pndang nurse pun die taknak..along kata dia fobia..hehe..cian epul..


ptg smlm lepas kuar dr wad nmpak dah sihat, tp still kena makan ubat..dia sangat aktif petang semlm..tak terkawal rasenye..orang lain semua dah penat, die still tak penat2 lagi main..

epul jaga diri elok2 ye, epul budak baik, suke makan ubat..gud boy...windunye auntie ngan epul..smlm byk kali epul kiss auntie..


Saturday, May 29, 2010

maafkanAKU..

aku sudah terlalu banyak membuat salah..
aku tidak layak untuk kamu..
biarlah aku kini membawa haluanku..
aku mahu tempuhinya sendiri..
tanpa membebankan orang lain lagi..

maafkan aku sayang..
andai ini takdirnya..
aku lebih rela mengundurkan diri..
tidak mahu menyakiti kamu lagi..
cukup sampai disini..

mungkin aku belum bersedia..
untuk menyerahkan cinta sejati..
kerana cinta sejati itu telah pergi..
pergi bersama hati aku dulu..

maafkan aku sekali lagi..
aku mahukan kamu bahagia..
kerana itu kamu kulepaskan pergi..
agar kau menemui cinta yang sebenar..
yang mana tiada pabila kamu bersamaku..

maaf.SORRY.

Thursday, May 27, 2010

<< KOSONG >>

hati aku kosong, jiwa aku kosong

bebas dari belenggu cinta

terbang membuai rasa

menjejak sisa-sisa rindu

menangkis rasa-rasa curiga


aku tidak perlu memilih

aku tidak perlu mencari

biar ia sendiri yang datang

mengejarku seperti bayang

memerlukan aku seperti udara


dan aku hanya perlu menanti......




Monday, May 24, 2010

senyumlah wahai cek mek molek~

..QUOTEofTHEday..
MySpace
when life gives u a hundred reasons to cry,
show life that u have a thousand reasons to smile..
kata-kata ni aku memang nak tujukan pada diri sendiri dulu sebelum orang lain. semua disebabkan aku ni mmg kuat menangis. hehe. ada org tu ckp, menangis byk2 pun tak leh setel masalah, mmg betul tp aku mmg senang sangat menangis. tak tau kenapa..
tapi ye la, sbg inspirasi kan, bila kita sedang bersedih, fikir2kanlah perkara yg gembira dan yg positif supaya mata tak bengkak sebab asek menangis je..=)
cheer up!..(^^,)v

Saturday, May 22, 2010

bye2 NAF 3355...:'(

time kasih kerana berkhidmat dgn kami sepanjang 16 tahun ni..
kami pasti akan merindui kamu..
semoga kamu berkhidmat dengan baik bersama tuan baru..
babai...

MySpace

Friday, May 21, 2010

ayam masak cili api

saya sangat suke makan lauk ini...hehe...selalunya masak ayam masak merah, takpun ayam masak kicap..so daripada dua2 resepi ni saya alter sikit sebab dah boring.



so, bahan-bahan yang diperlukan :

ayam
serbuk kunyit
bawang besar
bawang merah
bawang putih
halia
cili api hijau
serai
garam
gula



cara menyediakannya :

1. mula-mula gaul ayam, serbuk kunyit n garam together-gether and then goreng.
2. bawang merah, bawang putih, cili api hijau dan sedikit halia (ikut suke, tak nak letak pun takpe) ditumbuk lumat. serai tu potong dua then ketuk je sikit ngan lesung.
3. panaskan minyak (jangan banyak sangat) then, tumiskan bahan2 di no.2 tu tadi sehingga naik bau..hmmm...wangi tau..
4. masukkan la garam dan gula secukup rasa. lastly, masukkan ayam yang telah digoreng dan bawang besar yang telah dimayang, gaul sehingga rata. kalau rasa kuali tu kering sangat, tambah la sikit minyak or air tapi jangan banyak sgt tmbah air, nnt ayam tak garing.
5. sedia untuk dihidang. =)

simple kan? tapi sedap tau..boleh je nak alter untuk masak ikan..

lagi sedap kalau mkn dengan nasi panas dan sambal tempoyak..hehe..

Thursday, May 20, 2010

blekBERI ooh blekBERI.. Part II

cikpuanBOS : izyan, tukakan ringtone sy tu, boring la bunyi dia..
cikPA : hehe..okey puan, puan nk set lagu ape?
cikpuanBOS : sy nk lagu waliband yg cari jodoh tu...
cikPA : owwh...lagu tu saya ade, nnt sy bluetooth la kat henpon puan ye..
cikpuanBOS : lagu ape lagi yang kamu ade? lagu aizat yg pergi tu ada tak?kalau ade send sekali ye..lagu rabbani ke?
cikPA : lagu aizat ade...(rabbani?ish3..baru sedar takde lagu nasyid pun dalam henpon aku)

yang bukan2 je bos aku mintak...adeh..
MySpace

dan sekarang, aku berhempas pulas memblututkan lagu kt henpon die...

kerabu pegaga

last time balik kg aritu, aku masak kerabu pegaga ni..tak penah belajar pun, tp tetiba idea datang, cam terer2 je nak buat..aku rasa cm sedap je, cuma pegaga tu pahit sikit, tapi takpe ubat kan..so, aku nk kongsi resepi yang simple dan sihat ni..
bahan2 yang diperlukan :
pegaga
bunga kantan
bawang besar
kelapa parut
ikan bilis
cili api
garam
gula

cara menyediakan :
1. bunga kantan dan bawang besar dimayang nipis-nipis, kemudian gaulkan dengan pegaga.
2. ikan bilis, cili api dan kelapa parut ditumbuk sehingga lumat tak lumat sangat.
3. masukkan ikan bilis, cili api dan kelapa parut yang telah ditumbuk tadi ke dalam kuali yang tidak terlalu panas tanpa minyak. goreng sehingga kelapa menjadi kuning keperang2an. letakkan garam dan gula secukup rasa.
4. matikan api. masukkan pegaga yang telah digaul dengan bawang dan bunga kantan tadi ke dalam kuali. gaul sehingga rata.
5. sedia untuk dihidang.

cubalah...=)

Wednesday, May 19, 2010

blekBERI ooh blekBERI..

kisah blekBERI bermula pada 18Mei2010.
cikpuanBOS mengajak cikPAyangpatuh ke Kajang untuk membeli henpon,
cikPAyangpatuh pun bertindak menurut perintah.MySpace
perjalanan yang bermula jam 12 tengahari dan kereta telah dipandu oleh pakincikPILOT yang sedia membawa kami ke mana jua.
sekejap je pakincikPILOT bawak, dah sampai ke Celcom Center Kajang.
disitulah cikpuanBOS berhajat untuk mengupgradekan henponnye.
dengan hanya menambah beberapa sen sahaja duitnya, yeay...blekBERI itu menjadi kepunyaan cikpuanBOS..keriangan jelas terpancar di riak mukanya..MySpace
itupun setelah hampir 2 jam penerangan oleh pakincikJUALhenpon di CC itu..
jam menunjukkan pukul 2.25 petang..cikpuanBOS ada meeting sebenarnya pukul 2.30 tp cikPAyangpatuh ni awal2 dah call office mintak tangguh masa ke pukul 3petang..hehe
MySpacekami lapar...kami lapar...dan cikpuanBOS pun mengajak kami lunch..
pakincikPILOT mencadangkan kami lunch di LimauNipis..apa daaa, skali tutup!
tapi takpe AsamPedas sedia menanti kami..
Tempoyak Ikan Patin PIOR dari Pahang...wallaweh..sodap hinggan menjilat jari kelengkeng!
sampai2 ofis, cikpuanBOS terus kena g chair meeting..MySpace
cikPAyangpatuh ingat nak merdeka, sekali cikpuanBOS bagi keje plak..suruh masukkan nombor henpon kat dalam blekBERI dia tu..ish3..MySpace ..camni dah mata aku jadi selepas menaip semula semua nombor telefon dalam henpon blekBERI cikpuanBOS..sikit masa lagi, musti suruh letak alamat emel pulak kt dlm blekberi dia yang baru tu..MySpace muntah biru la aku...haish..

agaknye kalau aku ngigau, musti sebut blekBERI...blekBERI...huhu..disebabkan serik menaip nombor henpon ke dalam blekBERI itu, aku pun rasa cam tak hengen langsung untuk memilikinya..susah nak taip..! klu jari aku kecik cam jari kacipul takpe la gak kan..
kesimpulannya,jangan beli blekBERI..haha

Tuesday, May 11, 2010

poli-pd, poli-pd, sekali sekala teluk kemang...



POLITEKNIKadalahWARISANkita...

perihal semester 1 - di politeknik Port Dickson..


hati aku tiada di sini..minggu suai kenal pun spt satu penyeksaan kat aku..
sesungguhnya, aku tidak suka berada di sini dan aku memang memaksa diri untuk menjalani hidup kat poli..dahlah memenatkan, kena buli, tak ada kawan..haish..sgt2 sedeyh..time ni dulu aku penah call ummi kalau tak silap, nanges2 ngan dia. tension sungguh!
MySpace

jurusan ape? hm....itu lagi satu kekecewaan. Diploma Sains Kesetiausahaan. Itu 2nd choice aku. Aku kalau boleh nak ambil seni bina tapi last2 dapat ni. Ye la, sepatutnya aku bersyukur, at least dapat jugak smbung belajar setelah kekecewaan yang menggunung dengan result SPM aku..hehe..tapi ye la kan, aku cuba la jugak..aku tak quit pun, cuma susah untuk menerima yang aku akan jadi seorang setiausaha..tengok dalam tb setiausaha sumenye sexy2, jahat2, cun2..dan aku?? hehe..tak hot mane pung..itulah yang paling mencemaskan aku..



sem satu, aku satu bilik ngan emi, emi amik course akaun..emi yg sengal..huhu..tp best satu bilik ngan emi, tak berkira, rajin layan aku borak..dan yg paling best, dapat jiran2 yang sgt penyayang dan sengal jugak..ade k.wani,k.bedah,fara, ija..hehe..korang mmg best..rase cm satu family yang bahagia je duduk kat blok K tu..di samping warden yg kiut miut iaitu en.syamsul..hik3..facilities mmg superb, bukak pintu bilik ada tv, siap ade balkoni lagi..weeehuu..seronok btul dpt conquer tv lebih2 lagi bile aku nak tgk cite Full House..sanggup berlari daripada Pusat Islam semata-mata nak mengejar cite Full House..itu je yang membahagiakan aku duduk kat sana..hehe...


oklah, cukup setakat ni, nnt2 aku sambung...








Thursday, May 6, 2010

bunga-bunga cinta~

..QUOTEofTHEday..
MySpace
"Plant your own garden and decorate your own soul, instead of waiting for someone to bring you flowers"

aku rayau2 tadi jumpe quote ni dan aku terpikat...
daripada apa yang aku faham, makna tersirat di sebalik quote ni adalah...
Dalam kita melayari hidup kita, kita mestilah berusaha dengan bersungguh-sungguh, buat sesuatu kerja tu sendiri daripada mengharapkan ihsan atau bantuan orang lain.
ye la kan, nak tunggu orang bagi kita bunga, entah bila-bila ntah kan, so, baik kita tanam pokok sendiri..kalau berbunga, hati kita jugak yang hepi kan..hehe
sampai ketemu..=)

Subscribe and Follow