recent posts

Friday, May 21, 2010

ayam masak cili api

saya sangat suke makan lauk ini...hehe...selalunya masak ayam masak merah, takpun ayam masak kicap..so daripada dua2 resepi ni saya alter sikit sebab dah boring.



so, bahan-bahan yang diperlukan :

ayam
serbuk kunyit
bawang besar
bawang merah
bawang putih
halia
cili api hijau
serai
garam
gula



cara menyediakannya :

1. mula-mula gaul ayam, serbuk kunyit n garam together-gether and then goreng.
2. bawang merah, bawang putih, cili api hijau dan sedikit halia (ikut suke, tak nak letak pun takpe) ditumbuk lumat. serai tu potong dua then ketuk je sikit ngan lesung.
3. panaskan minyak (jangan banyak sangat) then, tumiskan bahan2 di no.2 tu tadi sehingga naik bau..hmmm...wangi tau..
4. masukkan la garam dan gula secukup rasa. lastly, masukkan ayam yang telah digoreng dan bawang besar yang telah dimayang, gaul sehingga rata. kalau rasa kuali tu kering sangat, tambah la sikit minyak or air tapi jangan banyak sgt tmbah air, nnt ayam tak garing.
5. sedia untuk dihidang. =)

simple kan? tapi sedap tau..boleh je nak alter untuk masak ikan..

lagi sedap kalau mkn dengan nasi panas dan sambal tempoyak..hehe..

1 comment:

Follow Me, I Follow U Back

Subscribe and Follow