recent posts

Thursday, May 20, 2010

kerabu pegaga

last time balik kg aritu, aku masak kerabu pegaga ni..tak penah belajar pun, tp tetiba idea datang, cam terer2 je nak buat..aku rasa cm sedap je, cuma pegaga tu pahit sikit, tapi takpe ubat kan..so, aku nk kongsi resepi yang simple dan sihat ni..
bahan2 yang diperlukan :
pegaga
bunga kantan
bawang besar
kelapa parut
ikan bilis
cili api
garam
gula

cara menyediakan :
1. bunga kantan dan bawang besar dimayang nipis-nipis, kemudian gaulkan dengan pegaga.
2. ikan bilis, cili api dan kelapa parut ditumbuk sehingga lumat tak lumat sangat.
3. masukkan ikan bilis, cili api dan kelapa parut yang telah ditumbuk tadi ke dalam kuali yang tidak terlalu panas tanpa minyak. goreng sehingga kelapa menjadi kuning keperang2an. letakkan garam dan gula secukup rasa.
4. matikan api. masukkan pegaga yang telah digaul dengan bawang dan bunga kantan tadi ke dalam kuali. gaul sehingga rata.
5. sedia untuk dihidang.

cubalah...=)

No comments:

Post a Comment

Follow Me, I Follow U Back

Subscribe and Follow